Sekitar Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Perak yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad di Galasa Caldwell, Ipoh.
Majlis tersebut merupakan satu platform untuk menghargai sumbangan seluruh pentadbir tanah daerah yang telah mencurah bakti, memberikan komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat untuk negeri Perak.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak serta seluruh pentadbir tanah daerah yang menerima penghargaan dan penganugerahan pada malam tersebut.
Dalam pada itu, MB Inc. juga turut dianugerahkan Pengiktirafan Pengurusan Bersepadu Bahan Batu Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak.
Turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Puan Haliza binti Sipun; Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, YBhg. Dato’ Fariz bin Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan Pentadbir Tanah Daerah Negeri Perak.
Pada majlis sama, YAB Menteri Besar Perak turut menyempurnakan pelancaran Buku Tatacara Pengurusan Tanah Negeri Perak yang dilengkapi dengan kod QR untuk diakses mudah kepada pekeliling dan surat arahan berkaitan bagi setiap urusan.
Semoga semua pihak dapat terus bekerjasama dan sentiasa memberi sokongan serta komitmen kepada semua jabatan dan agensi negeri dalam pentadbiran pengurusan tanah yang berkualiti di negeri Perak.