Satu sesi perbincangan dan kunjungan hormat oleh Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC) ke Ibu Pejabat Menteri Besar Incorporated (Perak), baru-baru ini.
Sesi perbincangan tersebut adalah terarah kepada usahasama komprehensif dalam meneroka potensi pembangunan industri NR-REE yang dapat menyumbang kepada industri mineral di negeri Perak.
Hadir pada sesi tersebut ialah Pengarah Bahagian Explorasi, Jabatan Explorasi Logam JOGMEC; Ahli Pakar Geologi JOGMEC; Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG; Pengurus Besar Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd., Encik Mohd Ridzuan bin Marsidi; wakil pegawai JMG Perak; serta barisan wakil pegawai MB Inc.
Pada masa sama, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan untuk memperhalusi kerjasama terutama dalam hala tuju pembangunan industri NR-REE di negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Semoga sesi perbincangan di antara MB Inc. dan JOGMEC mampu memperkasa industri mineral negeri, sekaligus dapat memberi impak positif ke arah merealisasikan agenda Perlombongan Bertanggungjawab di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.