Program State Leadership Retreat 2024 yang telah melabuhkan tirainya diakhiri dengan sesi refleksi dan amanat oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yang menekankan keseluruhan perbincangan sepanjang program tersebut diadakan.
Dalam program tersebut, YAB Menteri Besar Perak menekankan kandungan yang pelbagai dan mempunyai kepentingan terhadap hala tuju negeri Perak selari dengan agenda Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kebajikan rakyat dan kemakmuran negeri Perak.
Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Puan Haliza binti Sipun; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Tidak terkecuali, program ini juga menjadi medium terbaik kepada setiap jabatan dan agensi di negeri ini untuk terus fokus menggerakkan seluruh usaha baik kerajaan Negeri.
Semoga semangat kerjasama yang utuh setiap jabatan dan agensi ini dapat menjayakan Perak Sejahtera 2030 yang lebih progresif, sekaligus dapat memacu negeri Perak sebagai sebuah negeri maju dan sejahtera.