Sekitar Kejohanan Futsal Cresters Piala MB Inc. 2024 anjuran Kelab Rekreasi Warga Kerja Menteri Besar Incorporated (Perak), Cresters, telah berlangsung di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Perak, baru-baru ini.
Kejohanan disertai lebih 80 warga kerja yang terdiri daripada pemain dan penyokong yang mewakili 4 buah rumah sukan Cresters MB Inc. iaitu Red Jasper, Jade Alligator, Aquamarine Shark dan Yellow Saphire.
Turut hadir memeriahkan lagi kejohanan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; serta barisan wakil pengurusan MB Inc.
Kejohanan yang bermula jam 8 malam itu menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan kategori Lelaki dan Wanita, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir (Grand Final) kejohanan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Red Jasper bagi kategori Lelaki dan Jade Alligator bagi kategori Wanita yang telah muncul sebagai juara dalam Kejohanan Futsal Cresters Piala MB Inc. 2024 sekaligus membawa pulang Piala Pusingan, Wang Tunai beserta Hamper.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh pemenang dan penyokong yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga sokongan penuh daripada seluruh warga kerja MB Inc. ini dapat diteruskan di masa depan bagi menyemai semangat berpasukan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja MB Inc.
Tahniah !