Sekitar Sesi Townhall Menteri Besar Incorporated (Perak) 2024 bersama barisan pengurusan kanan dan warga kerja MB Inc. yang diadakan di Ibu Pejabat MB Inc.
Sesi Townhall pada kali ini diadakan bertujuan berkongsi pandangan dan idea antara warga kerja dan pengurusan kanan MB Inc. dalam menyatukan objektif dan pandangan yang pelbagai dalam pembentukan strategi dan pengurusan syarikat.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin dan Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin bin Ayub; serta barisan wakil pengurusan MB Inc.
Dalam sesi itu juga, En. Anuar turut membentangkan berkenaan prestasi syarikat pada tahun 2023 dan hala tuju syarikat bagi tahun 2024 selain mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan, sumbangan wakalah kepada anak-anak warga kerja MB Inc.
Semoga hasil daripada sesi Townhall ini dapat memupuk semangat kebersamaan dan komitmen penuh seluruh warga kerja MB Inc. dalam membentuk kejayaan syarikat di masa depan.