Sekitar Majlis Makan Malam Media bersama YAB Menteri Besar Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet SUK anjuran Pejabat Menteri Besar Perak.
Majlis yang serba meriah bertemakan seniman Agung P. Ramlee dan Biduanita Saloma ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan pengamal media di negeri Perak yang telah memberikan laporan-laporan baik dan telus kepada masyarakat.
Selain itu, turut diberikan penganugerahan dalam pelbagai kategori kepada pengamal media di negeri ini. Tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan Isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Mohd. Zaki Mahyuddin; Barisan EXCO Kerajaan Negeri; Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi; serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin.
Tidak dilupakan pihak MB Inc. turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pengamal media di Perak atas kerjasama baik selama ini.