Sekitar Program Networking Session Dengan Pemegang Taruh & Media Perak Sejahtera 2030 anjuran Institut Darul Ridzuan di Weil Hotel, Ipoh.
Majlis ini diadakan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan membina rangkaian antara kerajaan negeri bersama pihak pemegang taruh dan pengamal media selain menyebarkan maklumat mengenai Pelan Perak Sejahtera 2030 kepada rakyat negeri Perak secara khususnya.
Dalam majlis ini, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah memberikan ucaptama dan aspirasi mengenai Perak Sejahtera 2030.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi Dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Salbiah Mohamed; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Sandrea Ng ; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun serta Ketua Pengawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Maisarah Ahmad; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik, Cik Siti Kamesah Bee; serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Semoga usaha ini dapat mengukuhkan kolaborasi baik antara semua pemegang taruh yang terlibat sekaligus menyumbang kejayaan dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2023.