Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Lembaga Pengarah Terra Mineral Lab (TML) Bil. 1/2023 yang diadakan di Ibu Pejabat Menteri Besar Incorporated (Perak).
TML diwujudkan sebagai sebuah makmal yang menganalisis dan menentusahkan kandungan unsur mineral termasuklah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik daripada tiga GLC utama negeri seperti SADC, PKNPk dan MB Inc. Kolaborasi dan sokongan buat julung- kalinya antara ketiga-tiga agensi ni diyakini dapat memberikan manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak kelak.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui bagi membolehkan makmal ini dapat beroperasi pada masa hadapan. Syabas dan Tahniah diucapkan.