Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan majlis makan malam santai bersama dengan jurugambar agensi-agensi dan pegawai media di negeri Perak bagi menghargai jalinan kerjasama selama ini.
Majlis yang berlangsung di Miker Signature itu telah dihadiri lebih 20 ahli media antaranya daripada SUK, PKNP, SSI, Digital Perak dan Jabatan Pertanian.
Dedikasi dan kreativiti serta kerjasama antara sesama media di negeri ini amatlah dihargai.
Semoga hubungan dan kerjasama yang baik ini akan dapat dieratkan lagi pada masa akan datang melalui aktiviti dan program bersama di masa depan.
Majlis makan malam santai MB Inc. bersama dengan jurugambar agensi-agensi dan pegawai media