Anak syarikat Menteri Besar Incorporated (Perak), Pengurusan Pasir Perak (3P) yang telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pasir di negeri Perak telah turut menyumbang pasir kepada sekolah SK Asam Kumbang, Taiping.
Sumbangan dalam bentuk pasir tersebut merupakan salah satu inisiatif pihak MB Inc. untuk terus menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat khususnya kepada pelajar-pelajar di sekitar negeri Perak.
Pada masa sama, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar di SK Asam Kumbang sekaligus membantu pihak sekolah melaksanakan sukan tahunan dengan lancar.
Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah barisan wakil kerja MB Inc. melalui 3P, Encik Izhar dan Encik Amar kepada Guru Besar SK Asam Kumbang, En. Mahadhir.
Semoga sumbangan dan usaha murni ini dapat meningkatkan potensi diri demi keseimbangan dan kecemerlangan dalam golongan pelajar selain dapat meringankan perbelanjaan dan pengurusan pihak sekolah berkenaan.