Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui anak syarikatnya Amanjaya Global Sdn. Bhd. (AG) telah menerima kunjungan lawatan daripada Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perak dan Jabatan Tenaga Atom ke Tapak Repositori, Mukim Belanja, Perak.
MB Inc. sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam menguruskan tapak repositori tersebut.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pengarah Audit Negeri Perak, Puan Selwah Haji Said.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah; Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Tenaga Atom Malaysia, Dr. Suhana Jalil, dan beberapa pegawai dari JAN dan Atom Malaysia.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Amanjaya Global merangkap Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) MB Inc., Ts. Haji Zul Helmi Ghazali, serta warga kerja MB Inc.
Antara tujuan utama lawatan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pengurusan yang dipraktikkan di tapak pelupusan sisa radioaktif, Repositori Mukim Belanja, Perak.
Dalam pada itu, turut diadakan sesi taklimat perkongsian serta penerangan lebih terperinci berkenaan penjagaan tapak pelupusan sisa radioaktif, Repositori Mukim Belanja, yang telah disampaikan oleh pihak MB Inc.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua pihak.