Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama-sama menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-10 yang berlangsung di Dewan Dato' Hj Lope Hashim, Bagan Datuk.
Turut bersama-sama ialah YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama barisan Ex-Officio; barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Program yang dilaksanakan setiap bulan ini memperlihatkan usaha Kerajaan Negeri untuk bertemu dan membantu rakyat di seluruh negeri Perak dalam menyelesaikan masalah, aduan serta menerima pandangan dalam memperkasakan pembangunan dan perkhidmatan serta kebajikan segenap rakyat.
Idea program cetusan Dato’ Seri Saarani Mohamad ini diterima baik dan mendapat sambutan menggalakan setiap kali ia dilaksanakan.
Ketika program berlangsung, turut diadakan pameran bagi agensi Kerajaan Negeri yang terpilih dalam usaha menyebarluas kefahaman dan peranan agensi agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang telah disediakan.
Tidak ketinggalan jualan Rahmah serta Kedai Bergerak Negeri Perak, yang membantu masyarakat setempat mendapat barangan keperluan dengan harga berpatutan.
Semoga program ini memberi manfaat dan kesejahteraan bagi segenap lapisan rakyat di negeri ini.