Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat bersempena persaraan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Merangkap Pengerusi KOR Risik Diraja ke-9 Grup Operasi Perisikan (91 GOP), Lt. Jen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, di Batu Gajah, Perak.
Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi terakhir beliau sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang akan bersara wajib mulai 12 Mei 2024 setelah 32 tahun berkhidmat dalam Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO).
Beliau mula berkhidmat sejak tahun 1986 sebagai pegawai tentera simpanan dan telah menyertai Kor Risik Diraja pada tahun 1961 dimana beliau telah memegang jawatan Pengarah Inteligen Pertahanan Am di MDIO. Beliau telah dikurniakan beberapa pingat sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan sumbangannya yang luar biasa. Terutamanya, gelaran Panglima Jasa Negara (PJN), disertai dengan gelaran Datuk, yang telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Beliau juga telah menerima gelaran Panglima Setia Mahkota (PSM) dan Panglima Setia Wilayah (PSW).
MB Inc. diketuai oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin bin Ayub, bersama-sama dengan Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc., Encik Rizam Abd Rani.
Semoga kunjungan hormat ini memberi manfaat kepada MB Inc. dan pihak MDIO seterusnya memberi sokongan dan penghargaan kepada Lt. Jen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal.
MB Inc. ingin mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas pengorbanan serta perkhidmatan cemerlang beliau. Terima kasih atas segala jasa beliau kepada negara khususnya negeri Perak.