Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan baginda tuanku Tahun 1445H/2023M di Istana Iskandariah.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.
Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid; YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Parlimen; Ahli-ahli Dewan Negara Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin dan isteri.
Menjunjung Kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan seluruh Kerabat Diraja.
Allah lanjutkan usia Tuanku. Daulat Tuanku
Gambar ihsan @sukperak