Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, hari ini.
Lawatan ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; serta Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin bin Hj Ayub dan telah disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, Tuan Ahmad Sabri bin Mohamad.
Kunjungan hormat tersebut membincangkan pelbagai input dalam merangka strategi kerjasama dari sudut tadbir urus dan integriti khususnya dalam usaha meningkatkan pemantapan integriti seluruh warga kerja MB Inc. dan tadbir urus syarikat.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik serta meningkatkan persefahaman sesama agensi kerajaan negeri Perak dan segala input baik dapat dimanfaatkan sepenuhnya.