DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan mencemar duli merasmikan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, hari ini.
Dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Menteri Besar Incorporated (Perak) komited ke arah menjaga kelestarian alam sekitar di negeri Perak dan turut menjadi salah satu penyumbang bagi memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Perak.
Turut berkenan berangkat, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Hadir sama, YB Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Encik Teh Kok Lim; Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh; serta Barisan Ketua/ Pengarah Jabatan dan Agensi Negeri Perak.
Dalam sambutan ini juga, pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan termasuklah Pertandingan Pidato Piala Vale 2023 serta Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik yang disertai oleh pelajar-pelajar di seluruh negeri Perak.
Semoga usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak untuk memartabatkan misi dan visi dalam melestarikan bumi Perak ini akan terus mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada seluruh pihak demi menjaga kesejahteraan rakyat negeri Perak.