Menteri Besar Incorporated (Perak) turut serta dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.
Program yang diadakan ini merupakan usaha kerajaan Negeri bagi mendekati masyarakat setempat dan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk membicarakan sebarang permasalahan secara terus kepada pempimpin-pemimpin tempatan.
Hadir pada program tersebut ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta Barisan Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri.
Turut hadir mewakili MB Inc. ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik, Cik Siti Kamesah Bee dan Ketua Amanjaya Global, Ts. Haji Zul Helmi Ghazali.
Selain itu, terdapat juga pelbagai kaunter dan reruai agensi-agensi kerajaan Negeri yang turut serta dalam program ini dan dijadikan tumpuan rakyat negeri Perak bagi mendapatkan maklumat dan info terkini dengan mudah dan efisien.
Pihak MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memajukan program ini demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.