Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah bekerjasama dengan Hospital KPJ Ipoh dalam menganjurkan sesi perkongsian ilmu kesihatan, Basic Health Screening & Health Talk : Breast Cancer, hari ini.
Lebih 30 orang peserta terdiri daripada warga kerja MB Inc. telah mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan secara pecuma dan sesi perkongsian ilmu kesihatan yang telah disampaikan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi KPJ Ipoh, Dr. Zamzida Yusoff.
Objektif program tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan tubuh badan serta pendedahan awal berkaitan kanser payudara termasuklah faktor risiko kanser payudara.
Dalam pada itu, ia juga merupakan salah satu usaha menyebarkan kesedaran sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink Oktober) yang disambut setiap tahun pada bulan Oktober.
Terima Kasih kepada pihak KPJ Ipoh dan semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan meningkatkan penjagaan kesihatan dalam membina warga kerja MB Inc. yang lebih sihat dan produktif.