Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bercemar duli merasmikan Kompleks Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani di Tanjong Malim pada 3 Oktober 2023.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii turut memberikan ucapan dan penerangan berkaitan balai cerap moden yang pertama di Perak.
Hadir sama dalam majlis ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Rosli Haji Isa; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar bin Zainal Abidin; serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan di Negeri Perak.
MB Inc. berharap INSTUN akan kekal menerajui aktiviti dalam bidang pentadbiran tanah dalam usaha menjadi pemacu kepada kemakmuran ekonomi negara khususnya di negeri Perak.