Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-66, Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan
pertandingan “Show Your Creativity Contest” yang disertai seluruh warga kerja MB Inc.
Seluruh jabatan dan anak syarikat MB Inc. telah mengambil bahagian dan masing-masing telah menunjukkan kreativiti dengan tema, Kemerdekaan ke-66.
Objektif pertandingan adalah untuk memupuk semangat cintakan Malaysia dengan menterjemahkan dalam bentuk karya mengikut kreativiti selain mengeratkan kerjasama warga kerja di peringkat setiap Jabatan.
Cetusan idea anak syarikat MB Inc., Pengurusan Pasir Perak (3P) dengan membina sebuah replika televisyen yang menyajikan lokasi -lokasi menarik di negeri Perak telah memenangi tempat pertama.
Manakala tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Pejabat Ketua Pegawai Operasi MB Inc. dan Jabatan Pengurusan Tanah MB Inc.
Turut diadakan aktiviti-aktiviti lain dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan ini ialah tayangan filem patriotik dan juga pertandingan ‘best dress’ bertemakan pakaian tradisional yang mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh warga kerja.
Bagi pihak MB Inc. dan seluruh warga kerja mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke -66, Malaysiaku!
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan