Sekitar lawatan Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) yang diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Anita Amri ke TT5.
Dalam lawatan tersebut, kesemua pegawai telah dibawa untuk mengunjungi dua tarikan pelancongan di TT5 iaitu Kapal Korek dan Maze Park.
Di samping itu juga, penerangan mengenai bagaimana MB Inc. melaksanakan pemuliharaan tanah bekas lombong dan menjadikan ia lebih hijau sehingga menjadi tapak warisan dan tarikan pelancongan bagi negeri Perak.
Turut hadir bersama-sama ialah Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik Menteri Besar Incorporated, Cik Siti Kamesah Bee.
Selain itu, antara objektif kunjungan tersebut ialah mengetengahkan lokasi-lokasi pelancongan di negeri bagi penerbitan buletin negeri Perak.
Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat mengukuhkan hubungan erat pihak Komunikasi Korporat SUK dan MB Inc.
Ini secara tidak langsung, dapat membantu mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan di negeri ini sekali gus menjayakan Tahun Melawat Perak 2024.