Setinggi- tinggi Tahniah YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad di atas kejayaan setahun perjalanan Perak Sejahtera 2030.
Dalam majlis yang berlangsung di Ipoh Convention Centre, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah membentangkan kemajuan pelaksanaan setahun pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan pada 15 Jun 2022.
Dalam pembentangan tersebut YAB Dato’ Saarani juga menfokuskan tentang agenda utama yang terkandung dalam Perak Sejahtera 2030 melibatkan sekuriti makanan, ekonomi digital, perlombongan bertanggungjawab, koridor TVET Malaysia, pembuatan keputusan berpacukan data serta tadbir urus projek berkepentingan negeri.
Seterusnya, YAB Dato’ Seri Saarani juga menekan tentang hasil mineral khususnya membabitkan perlombongan lantanida.
Menteri Besar Incorporated (Perak) ialah agensi kerajaan negeri (GLC) yang bertanggungjawab menjadi penggerak mineral dan selari dengan agenda perak sejahtera iaitu melaksanakan perlombongan bertanggungjawab.
YAB Dato’ Seri Saarani dalam ucapannya menjelaskan, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran royalti sebanyak RM 1.66 juta hasil bagi pengeksportan nadir bumi Latanida pada Februari 2023 ke China.
Aktiviti pengeksportan tersebut telah dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), selaku agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan hasil mineral di negeri Perak.
Delegasi MB Inc diwakili oleh, Ketua Pegawai Operasinya, Encik Nor Afzanizam Abd Manan; Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin Ayub serta pengurusan kanan MB Inc.
Harapan agar MB Inc. terus komited dalam melakukan segala perancangan dan perlaksanaan dibawah agenda perlombongan hasil mineral ini sekali gus dapat menyumbangkan kejayaan dalam pelan Perak Sejahtera 2030.