DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama DYMM Raja Pemaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan ke Majlis Perasmian Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah serta YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani bin Abdullah Sani.
Kem Batalion 3 PGA ini telah dinaiktaraf dan telah bermula sejak 2008 lagi secara berperingkat.
Semoga fasiliti yang baru dan lengkap ini akan memperkasakan dan memperhebatkan lagi komitmen anggota PDRM untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
Majlis Perasmian Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak