Majlis penyerahan sumbangan televisyen pintar untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran kepada Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai telah diadakan hari ini.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah YB Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Dato’ Sham Mat Sahat; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin kepada Guru Besar SK Alor Pongsu, Mohamad Salji Yunus.
Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif teras CSR MB Inc. yang memfokuskan kepada bidang pendidikan selain alam sekitar dan sosial.
Dalam pada itu, dengan adanya sumbangan televisyen pintar tersebut, para guru lebih mudah untuk membuat penjelasan yang lebih realistik berbanding penerangan secara konvensional (lisan).
Atas keprihatinan MB Inc. kepada perkembangan dan keperluan sekolah, kami berharap dengan sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada seluruh warga SK Alor Pongsu serta membantu meningkatkan motivasi guru dalam memudahkan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) murid di sekolah kelak.