Program Perak Sejahtera 2030: State Leadership Summit 2022 anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) telah berlangsung selama dua hari bermula 23-24 Ogos 2022 di Hotel Casuarina@Meru.
Perasmian program itu telah disempurnakan oleh YB Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suadi bin Abdul Rahim manakala acara penutup disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Menteri Besar Incorporated yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Anuar Zainal Abidin turut bersama-sama Ketua -Ketua Jabatan dan Pengarah Negeri, Ahli- Ahli Yang Dipertua Majlis Negeri serta wakil-wakil Agensi Kerajaan Negeri dan Daerah turut hadir dalam program tersebut.
Program yang sarat dan padat dengan agenda pembangunan Perak Sejahtera 2030 ini digerakkan dengan pembentangan daripada Pengasas Ekonomi Donut , Prof. Kate Rawoth yang digunapakai sebagai pengukuran Perak Sejahtera 2030 dan beberapa ikon kepimpinan di negeri Perak.
Tidak ketinggalan, Dato’ Seri Saarani Mohamad turut melawat ke booth MB Inc. yang merupakan salah satu GLC yang terlibat sebagai pempamer dalam program itu.
Terdahulu, dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau telah memberi penekanan kepada perlombongan lestari yang berhasil akan membawa kepada kemakmuran negeri seterusnya dapat dinikmati kembali oleh rakyat di negeri ini.
Semoga persidangan yang diadakan ini akan membawa kepada kemakmuran ekonomi yang didokong oleh semua pemimpin-pemimpin di negeri ini dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat menerusi agenda Perak Sejahtera 2030.