Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang kini sudah memasuki Siri 5/2022 ini telah disertai oleh portfolio Pemimpin Kanan Kerajaan Negeri, barisan Exco , Pegawai Kanan Agensi Kerajaan malah tidak ketinggalan juga Menteri Besar Incorporated (Perak) turut terlibat sama.
Program yang dilaksanakan pada hari Selasa, minggu kedua setiap bulan ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan dalam memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.
MB Inc. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya. , Encik Anuar Zainal Abidin juga turut menyatuni beberapa pelanggan yang mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan pengoperasian MB Inc.
Diharap program seumpama ini akan terus memberi impak positif dan seterusnya terarah kepada Agenda Perak Sejahtera 2030 yang bukan saja memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri malah khususnya kepada rakyat.