Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd. (3P), anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) diatas penganugerahan Anugerah berprestij, The Golden Bull Award 2022- Outstanding SME anjuran Business Media International dan SAMENTA (Small and Medium Enterprise Association) yang berlangsung di Hotel One World.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim turut menyempurnakan perasmian dan menyampaikan anugerah kepada usahawan-usahawan yang berjaya.
Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang dan menjadi penanda aras perniagaan yang berjaya termasuk Small and Medium Enterprise (SME) dan korporat.
Selain itu, penilaian juga dibuat berdasarkan keupayaan melaksanakan projek-projek dengan cemerlang, perancangan perniagaan akan datang dan jangka panjang, kecekapan kakitangan dan pengurusan, kerjasama erat dengan pemegang taruh serta kepercayaan yang diberikan oleh agensi-agensi Kerajaan.
Dalam majlis itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif 3P merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin telah diberi penghormatan untuk menerima Anugerah tersebut.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd Manan dan Penolong Pengurus Besar 3P , Encik Anas Ady Yaacob dan barisan pengurusan kanan serta warga kerja 3P.
3P merupakan salah sebuah anak syarikat milik penuh MB Inc. yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengawal selia pengeluaran bahan batuan dan pasir yang telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri bermula dari tahun 2014 sehingga kini.
Hasil usaha dan semangat warga kerja 3P sangatlah dihargai. Semoga terus cemerlang dan melakar kejayaan.
Tahniah diucapkan sekali lagi!