Menteri Besar Incorporated (Perak) tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyumbang beberapa ekor lembu dalam ibadah korban yang berlangsung pada Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong hari ini.
Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, YBhg. Dato’ Hj. Rosli Isa; Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, YB Puan Jamilah Zakaria; Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Dato’ Mohamed Zin Yusop; Ketua Pegawai Operasi MB Inc. Perak, Encik Nor Afzanizam Abd Manan; serta Barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan, Negeri, dan Daerah.
Dalam program tersebut, sebanyak 25 ekor lembu disumbangkan dalam melaksanakan ibadah korban secara bergotong-royong dengan penduduk kampung dan sekitarnya bersama wakil-wakil agensi.
Turut diadakan acara simbolik penanaman beberapa anak pokok sempena “Program Penghijauan Malaysia”.
Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan supaya dapat memberi peluang kepada masyarakat di sini mendekatkan diri dan juga mendapatkan perkhidmatan secara terus dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah KeTSA.
Pihak MB Inc. ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan sekaligus dapat mewujudkan semangat muhibah serta harmoni sesama semua pihak.