Menteri Besar Incorporated Perak dianugerahkan Silver Award bagi kategori Employer of Choice (Public Sector) sempena edisi yang ke-21 Malaysia-International HR Awards 2021 di Bangsar, Kuala Lumpur.
Majlis yang berprestij ini telah diadakan di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar pada 17 Jun 2022 dan diserikan dengan kehadiran oleh Ahli Dewan Negara Malaysia, YB Senator Dato’ Dr. Nelson Renganathan.
Turut hadir, Presiden Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM), Mr. Simon Benjamin; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Operasi, Encik Nor Afzanizam Abd Manan; serta barisan profesional daripada sektor sumber manusia seluruh Malaysia.
Penganugerahan anjuran oleh Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia ini bertujuan untuk mengiktirafkan tahap kecemerlangan sesebuah organisasi di Malaysia khususnya dari segi sumber manusia.
Diantara faktor yang dinilai oleh para juri professional antarabangsa termasuklah tadbir urus dan pencapaian organisasi, sumbangan kepada warga kerja, masyarakat dan Negeri . Ini juga termasuklah pengurusan sumber manusia yang dinamik, budaya dan sistem kerja produktif serta penggunaan teknologi dalam pengurusan dan pentadbiran kerja.
Untuk itu, buat julung kalinya MB Inc. Perak selaku organisasi negeri Perak yang pertama memenangi dan telah berjaya dianugerahkan Silver Award.
Ini juga merupakan pengiktirafan buat MB Inc. dari segi tadbir urus Pengurusan Sumber Manusia dan pembangunan modal insan bagi seluruh warga kerja.
Dalam pada itu juga, pihak Menteri Besar Incorporated Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh organisasi yang telah berjaya meraih anugerah pada majlis ini.
Antara pemenang-pemenang Anugerah adalah Zakat Selangor, Maxis, American Express, Prolintas Sdn. Bhd. dan lain-lain. Tahniah diucapkan!