Kelab Rekreasi Warga Kerja Menteri Besar Incorporated Perak, Cresters, telah mengadakan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2022 yang bertemakan 70-an bertempat di Travelodge Ipoh.
Majlis yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Operasi, Encik Nor Afzanizam; Pengurusan Kanan MB Inc. serta seluruh warga kerja MB Inc. Perak.
Majlis rumah terbuka ini diadakan adalah untuk menyemarakkan kembali hubungan seluruh warga kerja MB Inc. Perak dan sekali gus mengetengahkan tradisi sambutan Aidilfitri.
Dalam pada itu, selain daripada pelbagai juadah raya yang dihidangkan, majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan pertandingan iaitu, Sambung Lirik Raya Ini, Boleh Anyam ke Tidakkk, dan buat julung kalinya pertandingan yang terakhir adalah MB Inc. Idol 2022.
Barisan pengurusan MB Inc. Perak turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat Pihak Cresters dan seluruh warga kerja MB Inc. Perak kerana dapat bersama-sama mengeratkan silaturahim sesama keluarga besar MB Inc. Perak.