Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 2022 di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi.
Turut berangkat, DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Turut mengiringi Paduka Seri Sultan Perak, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Majlis sambutan dimulakan dengan takzirah, bacaan suci Al- Quran , tahlil dan bacaan doa selamat yang dihadiri lebih 300 jemaah.
Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyempurnakan penyerahan bantuan zakat MAIPk (Bantuan Hari Raya Aidilfitri) melalui Penghulu-Penghulu Mukim Daerah kepada 33,342 orang asnaf fakir dan miskin seluruh negeri Perak berjumlah RM8. 3 juta.
Baginda turut berkenan pengurniakan watikah pelantikan dua Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang baharu iaitu YDH. Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar bin Arshad dan Encik Mohamed Shah Redza bin Hussein.