Menteri Besar Incorporated (Perak) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Anuar Zainal Abidin turut bersama -sama dalam Sesi Pertemuan YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan YAB Menteri Besar Perak bagi Penyerahan dan Memuktamadkan SOP Non Radioactive - Rare Earth Elements (NR-REE) Negeri Perak, di Pejabat Kerajaan Negeri hari ini.
Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan KeTSA dan agensi-agensi berkaitan negeri Perak.
Selain itu, hala tuju industri perlombongan negara turut dibincangkan dan juga hal-hal berkenaan perhutanan dan sumber alam turut menjadi agenda perbincangan.
MB Inc. sebagai pemacu agensi yang membangunkan pembangunan mineral mampan di negeri ini turut terlibat secara langsung dengan pembangunan SOP NR-REE yang memastikan perlombongan mineral baharu ini dapat dilaksanakan secara cekap dan teratur agar kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
SOP yang dibangunkan secara komprehensif melibatkan penelitian di peringkat negeri Perak dan juga Persekutuan ini pastinya akan membuka lembaran baru dalam industri mineral negara dan khususnya di negeri Perak.