Warga kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) turut tidak ketinggalan menyertai Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Perak bersama GLC, NGO dan Anak Muda di Laman Seri Ridzuan.
Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah berbuka puasa bersama-sama dengan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad serta solat tarawih dan moreh. Turut diselitkan, serahan sumbangan daripada MB Inc. dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).
Sumbangan ini menjadi tanggungjawab GLC untuk memberi semula kepada kerajaan Negeri yang seterusnya akan memakmurkan lagi negeri Perak dalam bentuk bantuan, pembangunan serta prasarana khususnya demi kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, penganjuran program berbuka puasa seumpama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim di antara satu sama lain selain warga kerja GLC, NGO dan Anak Muda turut berpeluang mengimarahkan lagi aktiviti ibadah di bulan Ramadan ini.