Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Kelab Rekreasi Cresters telah mengadakan Kejohanan Inter MB Inc. Bowling Challenge 2022 yang disertai warga kerja MB Inc. di Ipoh Bowl Aeon Kinta.
Turut memeriahkan kejohanan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam bin Abd Manan serta pengurusan kanan MB Inc.
Kejohanan bermula dengan balingan pemula oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa kategori turut dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.
Dalam kejohanan itu, kategori Kumpulan Rumah Terbaik dimenangi oleh Rumah Hijau (2,732)diikuti Biru (2,572) , Kuning (2,528) dan Merah (2,324).
Manakala, kategori jatuhan pin terbanyak ( lelaki) dimenangi oleh Muhammad Aqil Nazaruddin ( 442) dan (kategori wanita) Dalila Saidon (412).
Kejohanan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturahim melalui sukan dan disamping meningkatkan minat dalam aktiviti kesukanan.
Tahniah kepada seluruh pemenang dan seluruh warga kerja yang bersemangat dan memeriahkan lagi kejohanan ini.