Kerjasama sesama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mampu untuk memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkat secara optimum.
Untuk itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Encik Anuar Zainal Abidin bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah serta Pegawai Daerah dan Tanah Batang Padang, Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin dan pegawai-pegawai pengurusan kanan telah mengadakan lawatan tapak di sekitar Bidor.
Ini bertujuan untuk meneroka potensi pembangunan di Bidor bagi memenuhi permintaan perumahan mampu milik dan pembangunan komersial bagi impak langsung kepada masyarakat.
Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan dengan baik sekali gus membawa manfaat kepada rakyat khususnya di negeri Perak.