Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) melalui anak syarikatnya, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. hari ini menerima anak-anak pokok spesis yang sukar ditemui oleh wakil NGO Alam Sekitar, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman.
Ini juga adalah kesinambungan daripada Program Kekal Hijau MB Inc.- Kempen Penanaman Pokok yang telah dilaksanakan sejak November 2021 termasuklah dengan kerjasama bersama NGO Alam Sekitar.
Antara anak pokok yang diberikan ialah anak pokok Tualang, yang juga merupakan simbolik kepada nama Tanjung Tualang yang merupakan lokasi Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 ( TT5).
Untuk makluman, penghijauan di sekitar TT5 turut dilaksanakan di tapak bekas lombong bijih timah itu dengan lebih 5,200 pokok termasuk pokok didilindungi dan terancam seperti Tembaga , Karas dan Cengal malah sekitarnya juga telah diserikan dengan flora dan fauna.
Pokok-pokok yang ditanam ini bukan sahaja dapat meredupkan persekitaran di TT5 malah menjadi rujukan kajian dan pendidikan kepada pengunjung.
MB Inc. juga turut mengalu-alukan jalinan kerjasama bersama dengan NGO Alam Sekitar dan menghargai usaha baik ini.