Kunjungan Hormat Delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak ke atas Menteri Besar Incorporated hari ini, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Kunjungan DPPM Negeri Perak itu diketuai oleh Yang Dipertua DPMM Negeri Perak, Encik Ir. Ts. Kamarullaffei bin Haji Ahmad dan disertai oleh Naib YDP DPMM Negeri Perak, Encik Shah Riman bin Hj. Pandak Ahmad, Setiausaha Kehormat, Encik Azizi bin Zam dan Bendahari Kehormat, Encik Johar Bahar bin Abdullah bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu selain menawarkan khidmat nasihat dan kepakaran kepada MB Inc. daripada ahli-ahli DPMM yang terdiri daripada profesional-profesional pelbagai bidang seperti jurutera, geologis, jurukur dan lain-lain.
Disamping itu, MB Inc. dan DPMM Negeri Perak turut bertukar pandangan dan idea perihal pelaburan termasuk menggalakkan ahli-ahli DPMM khususnya di Perak untuk menerokai industri pemprosesan mineral (downstream) sedia ada dan mineral baharu bagi merancakkan lagi industri mineral di negeri Perak.
Untuk makluman, DPMM mempunyai keahlian usahawan Melayu dalam komuniti perniagaan bumiputera terbesar di Malaysia.
Semoga jalinan kerjasama ini antara DPMM Negeri Perak dan MB Inc. akan mempertingkatkan kerjasama dalam bidang-bidang perniagaan baharu di masa depan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.