Menteri Besar Incorporated turut serta membuka kaunter perkhidmatan pelanggan bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Mewakili MB Inc. ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin dan Pengurus Besar Kanan MB Inc. , Encik Kamarulariffin bin Ayub yang menjadi pemudahcara bagi isu-isu berkaitan operasi dibawah MB Inc.
Program hasil cetusan idea YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak memberi ruang dan peluang kepada seluruh rakyat Perak bersemuka dengan Menteri Besar Perak, Exco-Exco Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Agensi - Agensi Kerajaan dalam menyuarakan masalah, pendapat dan lain- lain perkara demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.
Dalam pada itu, MB Inc. turut membuka kaunter pameran yang 'membawakan' Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 ( TT5 ) dan TT5 Maze Park yang turut dipromosikan di Expo Dubai , baru-baru ini.
Program bermanfaat yang diketengahkan oleh YAB Menteri Besar ini akan turut dilaksanakan pada setiap bulan , minggu kedua pada hari Selasa.
Ini pastinya adalah platform terbaik buat rakyat dan seluruh pemimpin- pemimpin untuk terus mendengar, menyelesaikan dan merencanakan pentadbiran secara holistik demi kesejahteraan dan kemakmuran Bumi Perak.