Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Perak Corporation Berhad menerusi projek Urban Farming (Pertanian Bandar) hari ini berkongsi rezeki, sayur- sayuran segar dengan beberapa buah asrama anak yatim antaranya Maahad Tahfiz al-Quran & Akademik BAKIP (MATAQAB) dan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman.
Sayuran segar yang dituai ini antaranya ialah sayur kailan, sawi , tomato dan timun jepun.
Projek Urban Farming ini telah dimulakan bersama PCB pada awal November tahun lalu dan sehingga kini.
Objektif Urban Farming ini juga bertujuan ke arah membekalkan sumber makanan sihat selain dapat mengurangkan kos sara hidup sekaligus menjana pendapatan tambahan dan memupuk semangat keusahawanan.
MB Inc. berasa bertuah kerana diberi peluang menyumbang hasil tuaian , sekaligus menjadi salah satu CSR selain menyambut baik usaha penghijauan persekitaran terutama di kawasan bandar.
Sementara itu, usaha ini juga selari dengan saranan YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar dalam ucapan Executive Talk pada tahun ini mahu tumpuan terus diberikan kepada usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dengan mewujudkan nilai tambah kepada tanaman.
MB Inc. juga turut menggalakan orang ramai supaya menanam sayur-sayuran agar dapat menjamin bekalan makanan berterusan dan kekal mapan di masa depan.