Sekitar program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan, Sungai Siput, Kuala Kangsar yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Tuan Haji Yahanis bin Yahaya.
Dalam program tersebut, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad telah menanam pokok ke-2 juta sempena program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak.
Turut sama , Encik Anuar Zainal Abidin menanam pokok dan menerima sijil penghargaan daripada YAB Dato ‘ Seri Saarani Mohamad.
Negeri Perak telah menyahut komitmen penanaman 10 juta pokok dalam tempoh lima tahun atau dua juta setahun sehingga tahun 2025.
Untuk makluman, MB Inc. Perak juga telah menggerakan Program Kekal Hijau- Kempen Penanaman Pokok dalam menghijaukan bumi Perak dengan penanaman 75, 000 pokok bermula November 2020 dan berterusan sehingga kini dalam usaha melestarikan negeri Perak.