Lawatan kerja delegasi Perbadanan Menteri Besar Incorprated ( Perak) ke atas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, YBrs. Tuan Haji Hisamuddin Termidi di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis lalu. Turut bersama- sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Mohd. Badzran Mat Taib dan Timbalan Ketua Pengarah (Korporat & Ekonomi Mineral) JMG, En. Zamri Ramli. Sementara itu, kunjungan pihak MB Inc. diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin dan dihadiri bersama-sama Pengurusan Kanan MB Inc. Dalam lawatan itu, pelbagai perkara dibincangkan khususnya berkaitan inisiatif dan industri mineral serta galian di Malaysia. Selain itu, pihak MB Inc. juga turut membuat pembentangan ringkas selain memaklumkan perkembangan semasa perlaksanaan mineral yang disambut baik oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Lawatan kerja delegasi Perbadanan Menteri Besar Incorporated (Perak) ke atas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia