Sekitar program lawatan mesra dan sesi minum petang YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad bersama warga Proton Tanjung Malim bersempena program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di peringkat daerah Muallim.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Perak ( MB Inc. ), Encik Nor Afzanizam Abd. Manan.
Selepas sesi minum petang, kesemua tetamu kehormat dibawa untuk melawat kawasan kilang Proton dan diberikan taklimat ringkas berkaitan pengeluar kenderaan buatan Malaysia itu.
Lawatan mesra dan sesi minum petang YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad bersama warga Proton Tanjung Malim