Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) memberi sumbangan 8 komputer riba terpakai kepada Kelab Rotary.
Inisiatif adalah sebahagian daripada program CSR MB Inc. memfokuskan kepada sektor pendidikan dan dunia pembelajaran era baharu yang semakin canggih selaras dengan revolusi industri 4.0.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Nor Afzanizam Abd Manan kepada Penolong Gabenor Kelab Rotary Malaysia, Encik Kamarul Dato’ Mohamad Arif.
Sehingga kini, MB Inc. telah menyumbangkan 100 komputer riba terpakai bernilai RM60,000 menerusi Kelab Rotary Ipoh untuk pembelajaran digital kepada golongan sasar, B40 di seluruh negeri ini.
Penyerahan sumbangan komputer riba terpakai kepada Kelab Rotary