Wartawan Muda: Pelajar Sekolah Bersih Sungai Sambil Sediakan Laporan Berita

thumbnail

 

GERIK – Seramai 80 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dalam aktiviti pembersihan pesisiran Sungai Rui, di Dataran Loma dekat sini, pada Sabtu.

Program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai anjuran bersama Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Green Growth Asia Foundation (GGAF) itu d isertai pelajar dari dari SK Bongor, SJKC Kuala Rui, SMK Batu 4 serta SMK Bersia Felda.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc., Siti Kamesah Bee Mohd Hashim berkata, ia merupakan kesinambungan penganjuran inisiatif ‘Litter Less Campaign’ yang telah dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar (FEE), Denmark, melalui program Wartawan Muda untuk Alam Sekitar (YRE) pada 2 Disember lalu.