MB Inc anjur kelas bahasa isyarat percuma

sign poster

Kelas diadakan di Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) itu adalah yang pertama kali untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengunjung mengenai asas bahasa isyarat.

Lebih istimewa, program yang diadakan tiga sesi dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu menggunakan khidmat tenaga pengajar sukarelawan TT5 yang merupakan lepasan Ijazah dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

MB Inc dalam satu kenyataan berkata, pengunjung yang hadir turut berpeluang merasai pengalaman melawat ke atas kapal korek bersama pemandu pelancong TT5 dengan memilih lawatan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin dengan bayaran serendah RM5.

Katanya, pengunjung akan diuji kemahiran mendulang bijih timah, melawat galeri dan meninjau kiosk minuman yang dikenali sebagai 'The Can Tin Diner' yang suatu masa dahulunya merupakan sebuah gerabak kereta api lama.

"Penyertaan program bahasa isyarat adalah percuma, bagi pihak-pihak agensi dan sekolah khas diharap menempah awal slot masa yang telah ditetapkan pihak TT5," katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Aimi Nadrah di talian 011-3782 0462 atau lawati akaun rasmi Facebook dan Instagram: tanjungtulangno5 dan laman web rasmi: http://tt5perak.com.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/43157/EDISI/Perak/MB-Inc-anjur-kelas-bahasa-isyarat-percuma
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf