Lebih 15 tahun tergendala, selesai hanya dalam dua pertemuan.

Signing

Hasil perbincangan dan permuafakatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama, pada hari ini Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) mewakili kerajaan negeri dan RAC yang merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan, memeterai perjanjian untuk menubuhkan sebuah syarikat kerjasama (JV) bagi tujuan berkenaan.

Kedua-dua pihak akan mempunyai pegangan 50:50 dalam syarikat JV tersebut yang bertanggungjawab melaksanakan pembangunan bercampur di bawah konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD) di kawasan berkenaan.

Sebagai langkah pertama, syarikat itu akan melantik ‘master planner’ untuk membentuk ‘master plan’ bagi dinilai oleh kedua-pihak. Master plan itu perlu memenuhi visi dan misi ditetapkan dengan melaksanakan pembangunan bercampur termasuk rumah mampu milik.

Menurut MB Peja, usaha tersebut secara tidak langsung akan menjadikan tanah RAC menjadi lebih strategik dan menarik tumpuan pelabur

“Lebih daripada itu, kewujudan rumah-rumah mampu milik akan membantu kalangan belia dan golongan B40 untuk memiliki kediaman di kawasan ‘prime’ atau hartanah bernilai tinggi.

“Kalau kita pergi ke kota-kota besar dunia seperti London dan Paris, rakyatnya bukan tinggal di pinggir bandar sebaliknya tinggal dalam bandar, berdekatan tempat kerja masing-masing. Idea untuk melaksanakan usaha seperti ini sebenarnya hasil cetusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kita sedang berusaha untuk merealisasikannya setelah tertangguh sejak sekian lama,” katanya.

Menurut MB Peja, kerajaan negeri komited untuk memastikan apa jua kemajuan yang dibangunkan di situ, limpahan nikmatnya dirasai oleh penduduk setempat.

Secara keseluruhannya, pembangunan di kawasan itu dijangka akan mengambil masa selama 15 tahun bagi mencapai keseluruhan objektif disasarkan

 

https://independent.my/lebih-15-tahun-tergendala-selesai-hanya-dalam-dua-pertemuan/