Kelab Warga Kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) (CRESTERS) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Cenderahati dan Perutusan Aidilfitri yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Dato' Anuar Zainal Abidin kepada seluruh warga kerja, hari ini.
Dalam perutusan Aidilfitri tersebut, beliau menyampaikan amanat yang merangkumi ungkapan rasa syukur, semangat kebersamaan serta harapan agar setiap warga kerja sentiasa tekun dan berdedikasi dalam mengangkat nama MB Inc. Perak ke mercu kecemerlangan yang lebih tinggi.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan MB Inc. Perak, Encik Kamarulariffin bin Haji Ayub, berserta barisan pengurusan kanan dan seluruh warga kerja MB Inc. Perak.
Majlis turut disempurnakan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada seluruh warga kerja sebagai tanda keprihatinan dan apresiasi tulus pihak pengurusan kanan MB Inc. Perak terhadap sumbangan serta dedikasi warga kerja yang tidak pernah pudar sepanjang tahun.
Majlis ini diharapkan bukan sahaja berfungsi sebagai medan perutusan rasmi, malah berperanan sebagai platform strategik dalam memupuk semangat kebersamaan serta mengukuhkan jalinan silaturahim yang erat antara pengurusan kanan dan seluruh warga kerja MB Inc. Perak.