YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Menteri Besar Incorporated (Perak), Dato’ Seri Saarani Mohamad, telah mengetuai Mesyuarat Khas Lembaga Pengurusan MB Inc. Perak Bil. 3/2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Dato’ Anuar Zainal Abidin; serta barisan pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Mesyuarat khas ini memberi tumpuan kepada perbincangan strategik pembangunan Kapal Diraja Hang Tuah yang bakal memperkukuh sektor pelancongan negeri, di samping memperluas peluang ekonomi daripada sektor berpotensi tinggi dan transformatif ini.
Keseluruhan resolusi dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik negeri Perak, sekaligus meningkatkan taraf kesejahteraan rakyat Perak, insya-Allah.