Menteri Besar Incorporated (Perak) sekali lagi mengekalkan kecemerlangan dalam Pemeriksaan Berkala yang dijalankan Jabatan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini, membuktikan pematuhan tinggi terhadap aktiviti tenaga atom. Pencapaian ini terbukti menerusi keputusan ‘Sangat Memuaskan’ bagi Lesen MB Inc. LPTA/A/2174.
Pematuhan kepada aspek keselamatan dan sekuriti sinaran ini mencerminkan komitmen berterusan MB Inc. Perak dalam memastikan semua operasi anak syarikat yang berkaitan memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan pihak berkuasa, sekaligus menunjukkan kapasiti syarikat mengekalkan prestasi unggul secara konsisten.
Kejayaan ini dijangka terus memacu semangat kecemerlangan MB Inc. Perak sambil mengukuhkan reputasi organisasi sebagai pelopor amalan terbaik industri bagi memastikan pencapaian berterusan dan mampan pada masa hadapan.