Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak baru-baru ini dalam usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bagi memantapkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MB Inc. Perak.
Kunjungan tersebut dihadiri oleh Pengarah JKKP Perak, Ts. Osman Bin Haji Isa; Timbalan Pengarah Operasi JKKP Perak, Encik Basharuddin Abd Rahman; Encik Rizam Abd Rani selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta wakil-wakil kedua-dua pihak.
Pertemuan ini telah membuka ruang perbincangan konstruktif mengenai pelaksanaan program kerjasama, memantapkan mekanisme libat urus yang berkesan, dan menggalakkan pertukaran pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat MB Inc. Perak.
MB Inc. Perak meyakini bahawa sinergi kukuh antara agensi kerajaan dan entiti korporat merupakan teras kepada pembinaan budaya kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan warga kerja. Justeru, jalinan kerjasama strategik ini bakal terus diperkasa demi mencapai objektif bersama yang lebih holistik dan berimpak tinggi.